Pages

22 October 2012

Bride To BE


.Assalammualikum.

HA~! malas nak buat ayat bunga-bunga.~ xada idea.. otak tengah blurr....banyak sangat yang hendak di fikirkan..


sedar x sedarkan.. aku ada masa 10 hari ja lagi.. n sekarang ni tengah menghitung jari jemari.. Fuhhh~ nevesss... nampak ja aku mcm ni... biasa senyum2.. tapi dalam hati.. hanya Maha ESA yang tahu...
ada orang kata sepatutnya 40 hari sebelum majlis bakal pengantin ni kena la berehat.. x boleh kuar rumah.. tapi aku ni.. dah terbalik. hehe seminggu lagi sebelum majlis baru aku dapat cuti..

kadang-kadang aku terfikir  gak.. macam mana la kehidupan aku lepas dah bergelar istri orang ni..? mampu ka aku bahagikan masa untuk menguruskan rumah.. dah lah aku kerja dari 7.00 pg hingga 4.30 ptg.. kadang-kadang aku OT sampai 6.30.. ada ka masa untuk aku memasak sarapan, masak tengah hari, masak untuk makan malam, cuci baju, mengemas rumah, layan suami... haiiisss..~ memang aku kena buat jadual la mcm ni... Sedangkn jadual aku sekarang ni aku rasa dah cukup padat untuk aku sorang... cuba korang selidik jadual aku..

5.00subuh -6.00 pagi -bangun pagi, iron baju, masak nasik, kadang2 x masak, mandi, kemas bilik.
6.15 pagi - dah gerak dari umah untuk pegi tempat kerja.
7.00 - 4.30 - kerja (office hour) kadang2 6.30ptg (OT)
5.00 baru sampai umah kalau ot.. jam 7.00 baru sampai
5.00/7.00ptg - mandi, makan, cuci baju, lipat baju sambung kerja kalau ada kerja.. kdg2 smpai jam 10.00
10.30mlm- tido kdg2 jm 11.00mlm baru tido..


begitu la hari2 seterusnya.. kalau hidup berdua plak mcm mn la keadaan nya... tambah-tambah kalau ada baby... dah lah aku ni kurus mcm papan... tambah2 la kurus jadi lidi..  hahahaha... (AKU TENGAH SERIUS NI)

tapi aku terpaksa menerima semua perubahan ini...  aku kuat main game n masi mcm keanak-anakkn.. mampu ka aku kawal semua perangai aku ni..? aku rasa aku tak boleh hidup kalau xmain game... hahaha..
on9 game.. bkn game masak2.. hehe..

Game Fav aku sejak form 4

tiba-tiba aku terbayangkan.. istri-istri orang lain berair mata sebab kupas bawang kat umah.. tapi aku berair mata sebab menghadap komputer kat office... Owh pity me~! fengsannnn...
suami-suami lain makan dengan air tangan isteri, tapi suami aku makan air tangan keling yang di tapau dari restoran mamak..pas tu menyesal.. xada guna ada isteri kalau makan kat luar.. hahaha..(-ve) dah..

cuma perubahan ini mungkin akan mengubah aku 50% dari diri aku sekarang.. yang aku risau. aku tidak boleh bahagikan sedikit masa untuk urus diri sendiri... tu ja... tapi semua ni perancangan Allah... fuh... life..

lepas ni kehidupan akan lebih mencabar.. di mana cemburu2 la... marah2 la.. tapi mungkin sebab salah faham...insyaAllah semuanya ok..Amin... Doakn aku ya.. hehe..aku masih tak percaya yang aku ni bakal pengantin...n bakal menamatkn zaman bujang aku yang cukup membahagiakn ni.. :)

aku doakn korang jugak.. amin...dah dah.. hapis dah merepak..hehehe... tunggu update seterusnya setelah bergelar isteri plak.. InsyaAllah Isteri Mithali.. AMIN AMIN AMIN AMIN.....

P/S : ku Doakn Kau Bahagia..

10 October 2012

Sweet Case Irine Nadia + Nurul Diana

.Assalammualikum.

heeh.. entry boring... 

nak tanya kat korang.. kat mana eh nak buat casing hp mcm dorg ni.. sweet ar...

sy pun nak gak..~~ hehehe

sumber : Dian Pixy Blog
(Nurul Diana) FB





aku tabik spring.. kat dorang... sweet couple...

05 October 2012

Invitation Card

.Assalammualikum.

hehe.. tada... korang semua di jemput hadir..~~ hehe... 


----------------------------------

setakat ini.. br 50% siap..

document kahwin
hiv test : done
kursus kahwin : done
akuan bujang : done
akuan permastautin : done
akuan wali bapa kandung : done
dokumen2 lain : done

cuma tunggu nak hantar lagi gi jabatan jawi

persiapan kat lain

pre wedding photoshoot : done
wedding card : done
pelamin nikah : done
pelamin cenopy : done
baju sanding & berinai : done
baju nikah : done
kasut nikah : done
shawl nikah : done
shawl berinai & shawl sanding : pending
doorgift nikah : done
doorgift khatam quran : done
doorgift hari bersanding : done
kemah, kerusi, meja : pending

n banyak lagi pending..~~ fuhh sabar saja la..

ok la tu jer kot.. hehe.. i cant imagine..

:(

bersusah sekarang.. nanti senang la jadi nya.. :) peace..



13 September 2012

Even If we Get Sad, Let's Smile At Our Memories

.Assalammualaikum.

It's breaks your heart to see the one you love is happy with someone else.....
but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you~~

Following the footsteps that wished for the sunset
I follow you to your home
and walk up and down in front of your house
At that point, I saw you coming from far away
As If I committed a sin, I hid as I watched you
How did we come to love and how did we come to break up
How did we become no better than strangers that we can't ever see each other again?
I'm sorry for loving you back then
I'm sorry for not protecting our love till the end
If only I protected you by your side as a friend
Then I would've seen you forever
Why did you get so thin - it feels like my fault
It feels like my heart is about to burst
If I saw you together with someone new
My heart would've been cold but it would've been easier to turn back
Thank you for loving me even for a moment
I was happy when I was your girl
Because a chance to tell you this did not come again
Even when we were breaking up, like a fool, I didn't know what breaking up meant
You're here but you're not here
sunset always remind me to you..~~
<~_~> Even If we Get Sad, Let's Smile At Our Memories

11 September 2012

Try Me : Hotspot Shield Launch

.Assalammualikum.

eh.. apasal titlle ni pelik sikit... Hotspot Shield Launch ??? apa ke binatang ni,...

ha ha ha ha. (gelak nenek kebayan)

ok sini aku nak melalut sekejap...

korang tahu tak betapa tekanan, tenssen, tension, pressure nya aku bila Main Office aku Block website Youtube dan seangkatan nya kat office ni....huh! sabar saja la....

siapa antara korang yang sama dengan aku?? angkat kaki..
jadi di sebabkan aku ni boleh lah di katogerikan kejam.. aku cari binatang yang boleh bukak semua website yang aku tak boleh bukak...tp bukakyang patut jer....
aku tak syorkan jika bukak website yang tak patot..

aku ni jenis yang tak boleh, kalau xada youtube..aku nak dengar lagu mcm mana..???
nak tengok video clip korea aku mcm mn?? hehe

maka dengan itu ,
aku nak introduce kan binatang yang bernama Hotspot Shield Launch ni kat korang yang sama dengan aku...
aku xmahu la tunjuk toturial... korang mesti pandai buat punya la...
aku cuma bagi hint2 n link jer.. haha...


klik gambar untuk ke website yer..

korang download yang free jer pun dah kira ok...

lepas korang install garenti semua website yang korang nak akan dapat bukak...youtube, tp mana website yang  ter'block sahaja la ya.. hahaha... yang dah sedia ada tu tak heran...
kat office aku ni bukak youtube n direct link jer x boleh... mesti dya akan suru..
RELOAD & REFRESH,
PAGE NOT AVAILABLE.
tapiiiiii~


ni bukti aku lps install binatang ni...
yeyyyy..~! aku dah boleh bukak youtube....
hei~ senang nya dalam hati...dapat beristeri tiga.~(melalut)

ok la... itu sahaja kot.. selamat mencuba korang.. hehehe..

ini lah kejadiannya bila aku tenssen.... sampai tumbuh misai... lubang hidung pun dah x nampak...
hehehe

bye korang.. muah~!



05 September 2012

Selangkah Demi Selangkah

.Assalammualikum.

Tadaaaaa~~
heee

baru buat hari ni.. n tunggu result ja lagi...


pose jap setelah selesai buat test.. hehe...rasa nak pitam... padahal darah sikit ja yang d ambik.. kikiki
over la tuh..~


nak gerak plak... lapar.....

itu sahaja update untuk hari ini...

16 August 2012

For Single Ladies

Assalammualikum.

Girls are like
apples on trees. The best
ones are at the top of the tree.
The boys don't want to reach for
the good ones because they are afraid
of falling and getting hurt. Instead, they
just get the rotten apples from the ground
that aren't as good, but easy. So the apples
at the top think something is wrong with
them, when in reality, they're amazing.
They just have to wait for the right
boy to come along, the one
who's brave enough
to climb
all the way
to the top
of the tree.
Well.... really? I mean... REALLY?










True story.

Kenyataan Negatif Terhadap Sabah

Assalammualikum.

ingat lg x pasal dak sabah yang hina sabah dalam post aku hari tuh..

tak pasl2 budak ni jadi pamess.. hahaha


padan ngan muka.~

15 August 2012

ThePoplook.com Membahagiakan hidup ku..


.Assalammualaikummmmmmmmmmmmm~~

hehehe.. excited sangat..... korang korang, korang nak tahu tak...


hehehe...guest what?~!!!!


parcel aku dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiii~

koleksi baju raya aku tahun ni....dress dari ThePoplook.com ~

 tunggu aku pakai raya ketiga... 

k bye..~~ emuahh~!!

14 August 2012

Selamat Hari Raya~!!


.Assalamualikum~!

waaaaa....~~ mcm tak terasa kan raya dah nak dekat...pejam celik pejam celik... tik tok tik tok tik tok... tinggal beberapa hari ja lagi bulan ramadan yang mulia ni akan meninggalkan kita.... and berapa hari ja lagi kita kaum muslimin dan muslimat akan meraikan hari raya... dapat baju baru, dapat jumpa kawan2 lama, dapat jumpa sanak saudara yang jauh...kan kan kan..... heee... entry kali ni mls nak tapi banyak2...

saya mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang akan tiba untuk korang bloger n reader tegar... 10 jari di hulurkan memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tersilap pribahasa yang aku  lakukan secara sengaja atau tidak sengaja..


Azam Tercapai


dari aku....selamat maaf ZAHIR yaa untuk korang ya..... BATIN hanya untuk yang terdekat sahaja ..
harap tahun depan kita dapat berjumpa lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini...panjang umur... insyaAllah..

13 August 2012

AdaMu - Hidup Umpama Lagu # 2

Menusuk Ke lubuk jiwa.~

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

mood : sedih

I Love U - Hidup Umpama Lagu


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i Can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin kita tak bersama di takdir-NYA,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


I’m sorry but i love you

I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.

Mood : confused

Orang Semenajung Kutuk Orang Sabah #2

Korang Nilai la...
aku tak suka hal yg melibatkan politik ni...
tapi bila dah masuk isu kutuk2 orang sabah ni..
aku nda tahan.... bikin panas.!.. sasak ku... rasa kan mengantam urang tah plang...




PEMIKIRAN MALAYA TERHADAP SABAH !

SABAH TIADA SUMBER ALAM,YANG ADA DI SABAH ADALAH GUNUNG GANANG.

SABAH AKAN HIDUP SUSAH Jika tidak bersama MALAYSIA


SABAHAN TIDAK TAHU BERSYUKUR ? SABAH DI JAJAH FILIPINA ?

Milik Siapakah MINYAK di SABAH ?Mengapa Sabah perlu menghantar 95% hasil minyak ke Semenanjung?

-SABAH SUDAH MENJADI NEGARA SELAMA 2 minggu, Sebelum bergabung dengan MALAYA,Singapura dan Sarawak untuk membentuk NEGARA MALAYSIA !

p/s : Adakah Sabah ini benar-benar MERDEKA ! ADAKAH ini yang rakyat Sabah nantikan ? Apabila Sejarah dan SUMBER BUMI SABAH di putar belit Oleh Malaya. INI LAH ANGGAPAN MEREKA TERHADAP KITA DI SABAH ! 



p/s : antam tia.~

10 August 2012

Orang Semenajung Kutuk Orang Sabah


BIKIN PANASSSSSSSSSSSSSSSSSSS~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalammualikum.. salam jumaat.. selamat pagi..
hai korang.. korang tahu x skrg ni ada isu hanggat kat fb,..
pasal dak pompuan yang seronok kutuk2 orang sabah ni..and ada lagi yang seangkatan ngan budak ni...

jom tengok pic ni..











isshhh...~~ sabar saja la...... aku sebagai penduduk sabah..sangat sangat sakit hati... x tau la apa sebab dorang buat mcm ni kan.. apa yang buat dorang ni x puas hati dgn orang sabah.... ish-ish..(geleng pala)

JAWAPAN :::
Shopping Mall- KK plaza
Location : bandaraya Kota Kinabalu




Kota Kinabalu Waterfront
location : bandaraya kota kinabalu




Kota Kinabalu Waterfront
Location : Bandaraya Kota Kinabalu



Shopping Mall- Suria Sabah
Location : Bandaraya Kota Kinabalu

Shopping Mall - One Borneo Hyper Mall
Location : 5 Minute From Bandaraya Kota Kinabalu

Shopping Mall - One Borneo Hyper Mall
Location : 5 Minute From Bandaraya Kota Kinabalu 


Shopping Mall - City Mall
Location : 5 Minute From Bandaraya Kota Kinabalu 

Kota Kinabalu International Airport
Location : Less than 10 Minute from Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu View

Sutera Harbour Resort - Less Then 10 minute From Bandaraya Kota Kinabalu

Kota Kinabalu From Ocean View.

jangan kata kn mcD, Pizaa hut, Sugar Ban, Old Town, Secret Recipe, Big Apple, ko cari jak... kompom ada..ko ingat orang sabah ni ketinggalan zaman??? kat sabah ni tak heran la... budak2 umur 3 tahun pun dah tahu main facebook, dah pndai main tagged, online game...huh.~!


ADA APA DENGAN SABAH?

Q : Kenapa Sabah tiada LRT?

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva, mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT. nda percaya kamu boleh tengok di traffic light, boleh dikira berapa biji ja motor. :)


Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama, Sunway Pyramyd,Times Square?

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan, durang mau tengok orang utan, mau tengok penyu, mau tengok hutan simpan, mau panjat gunung dan lain-lain lagi. kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong, di negara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex. :)

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL! tapi yang tu bukan orang, itu orang utan. bulu orang utan coklat jingga perang, bulu manusia warna hitam. kena tahu beza tu, jangan jadi bangang. :)

Q : Sabah tiada highway? Oh My God! mesti jalan jammed.

A : Baguslah ba tiada highway. NO HIGHWAY NO TOL ! nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan. duit TOL pergi kerja RM1.20, pulang kerja pun RM1.20. cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan, dapatlah RM72. RM72 boleh sudah bayar Astro. Kalau teda astro buli bikin setel benda lain. Ada highway di sana pun ada juga jammed? Sia-sialah kamu bayar duit TOL. Now who's smart?? :)

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout. REALLY??

A : Ya.. kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac, sebab kadang-kadang selalu blackout kan. baguslah juga begitu, dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan. tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam, itu bukan sudah mengasi jimat, tu mengasi PANAS sudah tu. :)

Q : LAST QUESTION! Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A : Di Sabah ni tiada apa-apa. KUNO bah..tiada LRT, tiada Highway LDP, Federal Highway, Terowong Smart, Jambatan Putrajaya, KLCC, KL Tower, Sunway Pyramyd, Sunway Lagoon.
tapi di Sabah ada Rumah Terbalik. cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu, berani ka?? :)

Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko, petroleum, sawit, getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana.

untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain??? think smart before u talk! ^__^ v

I ♥ SABAH bah. :)

share la ~

Sumber: Bertempiaran di Facebook.


p/s: Sabah ni nda la maju pun. Tapi kami sini bersyukur dengan apa yang ada. :D

 


09 August 2012

Perasaan & Hutang

masih belum terlambat untuk aku meengucapkan selamat berpuasa untuk kaum islam di muka bumi ni..
dan x lama lagi nak raya.. x ada semangat untuk raya ni..
sedih semacam...gembira x seberapa..
apa nak jadi aku pun x tahu la...

pertama-tama
aku rindu engkau wahai blog
dah besawang... dah jadi tempat pembiakan labah-labah.
aku tengok ko ni..(yeker?)

mood hari ni dan sebelum nya..
rasa nya sama saja..
kadang kadang bila aku tertawa/ketawa
aku berasa amat sunyi, padahal ramai yang menghiburkan,

bila aku gembira
aku rasa seperti hendak menangis

gembira x gembira
sedih ya sedih.. kenapa-kenapa-kenapa..~!!

baju raya korang dah siap??
tema apa tahun ni??
(larik tajuk)

famly aku tema coklat..
tema pilihan aku.. n baju smua aku sponser.. dah habis sponser..
duit pun habis..

selagi duit x habis, hidup x tenang..
tapi bila dah habis lagi la x tenang.


pasal hutang..

aku berhutang pada seseorang..
pada dya sorang kot..
dah brapa bulan tertunggak pun aku tak tahu la..dah 5 bln kot..
padahal hutang x banyak mana pun.. tu pun aku tak mampu bayar..

hehe.. kata orang, bila kita berhutang dengan seseorang,
kita xkn pernah lupa dgn orang tu, sebab kita asik pikirkan hutang tu jak..
mungkin itu jugak alasan aku..aku tak bayar supaya aku tak lupa kn dya.. wakakaka..
what the hell anang..~~!! cepuk kepala baru tawu....!! begok~! santoloyo..!

aku agak bizi kebelakangan ni... jrg update blog ni.. bizi + xada idea, aku update skrg ni pun
ntah apa-apa ntah~ x blh blah.. tampar laju-laju karang..~

aku bizi dengan

kerja,
game
event
bisnes dkt bazar
dating
betekak dgn budak2 ofis
begaduh ngan en.tunang
begusti dgn meow
jalan2 dengan itik
bawa ayam2 g bazar

*tipu jer yg lain tu..

ok la.. sebelum aku makin lari topik.. baik la aku stop d sini...
entry aku sbnr nya banyak dkt draf. tp aku malas nak post.. nanti korang nangis2 baca..
blm lg yg aku dah buat dlm note kat nfon aku tuh...~ besepah..

ok la.. assalammualaikum..selamat menyambut bulan ramadooonn.~~(style johan dlm karoot komedia x)

19 July 2012

My Dear Ex "Mr.SM"

sory sy curik dari album fb kmo

Hai kamo. Assalammualaikum.
kamo sihat??
saya harap kamo sentiasa sihat dan bahagia.. amin
kamo, saya mintak maaf ea sebab tadi saya stalker FB kamo...
intai guna fake FB.. hehe.. genius kan saya? hahaha
seems like kamo dah happy skarang kan..
dah rajin update status, dah rajin tegur2 ngan kwn2 gegirl...
(^~^) ... alhamdulillah...
semoga pintu hati kamu akan terbuka untuk seseorang yang special suatu hari nanti...amin

urm..terasa masa cepat sgt berlalu...
sekali lagi saya minta maaf sebab terlupa tentang birthday kamo..
dah masuk kali kedua kan saya lupa? urm.. maklum lah dah nanyukk..
"28 jun" skarang dah 19 jul . fuhhhh.. tapi tak apa lah..
kalau saya tak wish pun xkan ada masalah lah kan??
fuuhhhh legaaa...

walaupun kita dah tak ada apa-apa, saya still simpan kamo dalam ingatan saya..
kamo masih igt lagi tak kenapa kita berpisah???? saya masih ingat lagi...
fuuhhhh.. bila d igt balik.. memang nagess...
kita berpisah atas permintaan saya.. walaupun tanpa kerelaan ..
bukan di  sebab kan orang ketiga..
tapi kerana hubungan kita tidak di restui oleh ibu kamo..
hanya di sebabkan saya orang sabah.. dan kamo orang semenanjung..
saya minta perpisahan ini sebab saya hormatkan mak kamo..
walaupun saya belum pernah jumpa dia lagi.. n saya tidak mahu kamo jadi anak derhaka pada mak kamu..
*tarik nafas sat*
kita berpisah, selepas 6 bulan..
saya membuat keputusan untuk menerima pinangan orang lain..
dan kini bergelar tunagan orang...
saya tahu kamo terluka.. saya pun sama
tapi kam0 adalah yang terindah dalam hidup saya...

dah la cukup la memori yg sakit ini...
tiba-tiba teringat kat kamo..
urm..kenapa pic saya masih ada dalam album fb kamo ea..?

kamo delete la.. nanti future gf kamo nampak...
saya tak mahu ada pergaduhan....
urm.. k la... dah tak larat nak taip banyak2... saya letak ni di sini sebab saya tahu kamu stalker blog sy.. hehe..

*yeke* haha..
hapy2 always ya... cute kucim kamo..
kimsalam kat kucim tu ya.. hehe
assalammualaikum..

sunset terakhir kita

mood : mengenang memori
p/s : kata orang kisah lama jangan di kenang..tapi saya tak boleh.. sebab kisah kami bukan kisah buruk... kisah kami berpisah untuk kebaikan.. dan mengenang nya hanya sekali sekala.. jika kenangan indah, segala kenangan pun akan di ingat.. jika kenangan perit.. nak igt x sanggup.. nak pandangan wajah pun x ingin..kami bukan musah. kami sahabat dalam diam.

11 July 2012

Sahabat # 2

sahabat


wahai sahabat ku..
semasa engkau sedih, aku la tempat mu mengadu.
tapi bila engkau sudah gembira, engkau lupakan aku.

wahai sahabat ku..
semasa engkau susah, aku la tempat mu meminta pertolongan
tapi bila aku susah, aku meminta pertolongan, tapi engkau tidak memberi.

wahai sahabat ku..
ketika engkau tidak punya teman, aku la teman mu ke sana sini,
tapi bila engkau punya teman yang ramai, engkau lupa pada teman mu ini.

wahai sahabatku..
ketika engkau berduka, bahu ku la menjadi tempat mu bersandar,
tapi ketika aku berduka, bahu mu di mana?.

wahai sabahat ku..
bukan niat ku untuk mengungkit, tapi aku memperingtkan engkau..

wahai sahabatku..
di mana engkau ketika saat-saat aku sangat-sangat memerlukan engkau.??

wahai sahabatku..
aku jujur mengatakan.. aku cemburu melihat persahabatan orang lain, yang akrab..
saling bantu membantu...

wahai sahabatku..
aku tahu tidak semua manusia sempurna..
tapi aku menginginkan sahabat yang ada bersama di masa susah dan senang,
aku ingin sahabat yang sudi mendengar luahan rasa ini,
sudi berkongsi kegembiraan ini,
aku juga inginkan sekali ada sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka, bukan hanya di masa suka dan gembira..
bila susah dan duka buru la mencari aku...

wahai sahabatku...
aku ingin engkau tahu,
engkau kekuatan ku,
engkau semangatku
kini
engkau di mana??
aku rindukan engkau... :(

wahai sahabatku..
apa kah erti persahabatan bagi mu..

friendship may not last forever but will remain in our memory forever


mood : jiwang & sedih

Happy Wednesday

emuahhh~~~

Cuma Entry Kosong...



lop u... ew ew ew ew ew ew

09 July 2012

sahabat

Sahabat


Dulu -2009-2011

kita sahabat
kita friend dalam facebook,
kita selalu chat dalam fb walaupun kita hanya bersebelahan,
kita saling sakat menyakat,
kita bergosip bersama-sama,
kita pernah ketawa bersama,
kita berkongsi masalah bersama,
kita makan bersama,
kita kerja bersama,
kita sebelum tidur kita selalu bercerita,
kita jalan-jalan bersama,
kita shoping bersama,
kita lepak bersama,
hampir semua kita bersama-sama


Kini -pertengahan 2011

kita berangapan kita sudah menjadi musuh,
kita sudah unfriend siap block lagi,
chat pun dah tak sudi walau pun masing-masing on9,
kita sudah tidak sehaluan,
kita sudah tidak bertukar senyuman,
kita lebih banyak berdiam diri,
kita sudah tidak bercerita lagi,
kita masing-masing buat hal sendiri,
kita sakitkan hati sendiri,
kita sudah tidak tegur menegur,
kita saling salah menyalahi,
kita berpandangan pun sudah tak sudi,
ada saja yang tidak kena pada pandangan mata masing-masing, masing-masing ego, tidak mahu mengalah.

Sekarang - pertengahan 2012

walaupun persengketaan antara kita itu masih lagi tidak dapat di lupakan, aku ingin meminta maaf pada mu wahai sahabat,
walaupun aku masih keliru di atas persengketaan yang aku tidak tahu apa punca nya engkau berubah,
walaupun aku juga terasa hati dengan sikap mu yang berubah menjadi pendiam dan langsung tidak menegur aku,
jika engkau terasa hati oleh kerana "HAL" itu, aku ingin meminta maaf,
hal yang aku tidak menduga engkau akan berubah sikap menjadi pendiam bila kita bersama,


aku add kau semula dalam fb sebagai friend,
aku add kau semula kerana aku masih anggap engkau sebagai seorang sahabat yang pernah berkongsi masaalah dengan aku dahulu,
aku add kau semula kerana aku tidak boleh lupakan kau sebagai seorang sahabat baik ku dulu,

walaupun kini kita masih bersengketa tapi jangan lupa dulu kita juga pernah bersahabat
-aku tidak mahu ego menguasai diri ku-
salam sahabat utk mu "SE".

06 July 2012

Irine Nadia Marcello + Amirul

.Assalammualikum.

nak baut entry laju2..hehe

fuhh.. cantik kn pengantin ni...
blogger terbaik malaysia..
pengantin muda.. tercomelll hehe

hehe.. masih belum terlambatkan aku nak wish. hihik..

selamat pengantin baru Irene Nadia Marcello dan suami  Vel Oliv3r
korang sangat cantekkkk..sepadan.... n comel.. cute.. segala2 la.. hehe..
semoga bahagia ke anak cucu  ...
loike ur gigi arnab.. hehe



sepadan sangat... semoga bahagia hingga ke tua...

salam..


Naik Pelamin Tuh Wajib Ker?

.Assalammualikum.

Title Best.. tp tak tahu lak la mcm mn isi nya,.. hahaha..
siapa antara korang yang tahu apa hukum naik pelamin??
hahaha... seriusly..aku tak tahu hukum nya.. sebab masa aku sekolah.. ustaz aku tak ada bagi tahu plak...
masa aku masuk ipt pun ustaz xada cerita dalam bab perkahwinan...
masa dahulu kala la aku tak tahu...sekarang aku dah tahu...
aku tahu sebab aku tanya pak google la..
*segala nya di hujung jari anda...*
aku taip je.. APA HUKUM NAIK PELAMIN.. haha
tup tup tup.. pak google bagi banyak website..

sebelum aku bagitahu apa pak google tuh bagitahu aku.. aku nak cerita sikit benda mengarut.. he he

dulu ada sorang mamat ni.. *ex aku .. dya kata nak kawin ngan aku, tapi tak mahu naik pelamin..
dya just nak buat kenduri kesyukuran..
aku tanya la knp plak.. kan....dya blm jawap lagi soalan aku tuh
dya tanya aku balik..."KAMU TAHU TAK APA HUKUM NYA NAIK PELAMIN?"

cuteee...
aku pun geleng kepala n berfikir.. naik pelamin ni ada hukum ka?? semua orang kawin yg aku nampak semua naik pelamin je...
tus dya kata... "CUBA TRY SEARCH KAT INT."


so keesokan hari nya aku try ar google..
ada yang kata hukum nya adalah HARAM..dan sesiapa yang melihat pasangan pengantin di atas pelamin..
ibadah nya tidak di terima selama 40 hari...dan adat naik pelamin ni adalah adat orang hindu...
urm..."yeke mcm tuh??


aku tak puas hati aku try lagi google...then aku terjumpa ini..

tadaaaaaaaaaaaaaa..
----------------------------------------------------------------------------------------
*SAYA ingin mengetahui penjelasan mengenai hukum naik pelamin atau pun membuat pelamin untuk kenduri kahwin.
Saya runsing memikirkan hal ini kerana akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi 

RUNSING 
Pulau Pinang

Perkahwinan adalah ikatan suci yang sunnah daripada Nabi SAW. 
Disunatkan juga mengadakan kenduri kahwin yang bertujuan mengumumkan pasangan bagi mengelakkan fitnah serta berkongsi kegembiraan dengan masyarakat. 
Rasulullah bersabda: “umumkan perkahwinan dan langsungkanlah di masjid dan pukul lah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu. 
“Ketika sahabat Abdul Rahman bin ‘Awf berkahwin, Rasulullah bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” 
Sebahagian besar masyarakat kita mengumum dan memperkenalkan pengantin melalui pelamin di mana mereka disandingkan sebagai cara diperkenalkan pada umum. 
Adat setempat tidak disanggah agama selama mana tidak bercanggah akidah dan syariat.*

----------------------------------------------------------------------------------------
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
------------------------------------------------------------------------------
Wallahu ‘Alam.
so apa pendapat anda???

bila aku dah tahu jek benda ni.. aku trus tanak naik plamin ar...
aku tefon mak aku..aku bagitahu dya, bila aku kawen nanti..aku tanak ar bersanding...xnak ada pelamin..
korang tahu mak aku cakap apa??

"mana boleh mcm tuh.. nanti apa kata saudara mara kita????"

see?? aku tak suka bila mak aku suka dgr pandangan n kata2 orang lain...
bila aku jelaskan hukum nya.. mak aku tanak dengar... biasa la.. beliau2 zaman2 dulu2 ni.. mana dengan kata2 anak2 moden.. kata nya.. orang lama lebih banyak makan garam.. sebab tuh banyak yg kena darah tinggi.. hahahah.. kiding..

jadi sebab ikt kn kehendak mak aku.. terpksa la juga aku ikutkan..
.. ok la.. dah panjang sangat entry nya...bye..~ 

lariiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

03 July 2012

My Wedding Preparation # 2

.Assalammualikum.


hai.. korang... ni ada adalah sambungan bagi entry aku yang ini..
aku nak share kan dengan korang tentang wedding planner aku yang aku nak jumpa hari tuh..
aku dah jumpa dgn dya tau hari sabtu lepas.. bersamaan dengan 30 jun 2012..

nama butik tu..  Butik Pengantin Dayang di kawasan Inanam Taipan Kota kinabalu sabah...
jadi sapa2 rasa nak kawen tu yang di area sabah... blh la g butik dya.. hehe
harga berpatutan.. pakej pun cantek..


jom tengok pakej yang aku dapat hari tu..

  • Pelamin
  • Busana 2 pasang L&P koleksi sedia ada
  • termasuk aksesori asas pengantin L&P
  • free alas nikah exclusive
  • free payung pengantin
pakej ni berharga RM 2,800.00

belum termasuk mekap, dan caj pengankutan..

mekap lain harga ok... sekali mekap.. lain harga..
jadi aku ambik 3 kali mekap.. untuk

Hari nikah
Malam Berinai
Hari Bersanding

aku dah lupa harga dya... tp makain banyak mekap.. makin murah la.. hehe

bila dah total semua pakej tu n mekap.. sekali caj pengangkutan 
RM 3,738.00
Deposit RM 800.00-RM 1,000.00

Harga ni dah ok dah bagi aku.. En.tunang pun stuju..... hehe..

contoh pelamin saya...


pelamin ni aku nak buat dalam umah.. tapi aku takut keberatan pelamin ni tidak dapat di tampung oleh rumah orang tua aku tu... al maklumlah rumah orang kampung...
nak buat kenopi tapi takut ruang halaman rumah plak x mencukupi.. hahaa

pelamin ni aku cuma bagi contoh untuk wedding planner aku.. semua nya inspirasi dari syazreen yang sangat comel tu... tapi pelamin tuh nanti xada lah sebijik macam ni.. haha...

so.. mcam mn? korang rasa harga ni berpatutan ke x?? hehe

dah fitting busana nanti aku bagi tgok plak k...
busana dya semua cantek2..... mekap pun dah sebijik mcm MUA.. haha
ok la.. bye

26 June 2012

Tudung Dan Kewajiban

.Assalmmualaikum.

aku sakit hati pasal statement orang dlm fb tu...

"BERTUDUNG TAPI PERANGAI HAMPEH, BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG"

apa kena mengena perangai dan tudung?? tak pasal2 tudung plak di persalahkan...

cis.. !

yang dia sudah la x pkai tudung.. tp pndai pulak menilai orang..
bukan aku kata org x bertudung tu x baik...
even my sista pun x pkai tudung...
perangai individu..xada kaitan dgn tudung..
hak individu ma...~!

jadi aku pendekkan cerita..

"memakai tudung itu TIDAK WAJIB, TAPI rambut itu aurat.. dan menutup aurat itu WAJIB. !!"



huh.. sakit hati.!!

25 June 2012

Komik Terbaik...

.Assalammualikum.

aku malas mau tulis entry panjang2.. jadi aku curik gambar dari buku komik yang adik tunang aku beli, untuk di sahre kan dalam blog aku... hehehe.. 
sebab komik ni best tau... jadi jom layan..~

hahaha.. kucim pun main blog... ada klas..

aku mahu kucing hacker mcm ni.. hehehe

mcm ni aku.. haha

kucim berusaha keras.. haha... komik2..kalau lah realiti mcm ni.. pening aku memikirkn kucim2 aku d umah 2...
lagi besh... mcm korang kn..kan kan?? 

pic ni semua aku snap guna nfon murah aku.. hahhaa..
oh ya.. ada sapa2 yang tahu x di mana boleh download photoshop free...
ok la... 2 jak la.. enjoy.. salam..