Pages

20 April 2012

Malam Jumaat Yang Besh


hai korang...
korang buat apa tengah tengah malam belum tido ni?? korang tahu tak malam ni malam apa?? malam jumaat derrr...eee
cuba korang tengok kiri, tengok kanan lepas tu tengok belakang....korang nampak tak? tak nampak.? ish benda dah bertenggek depan mata tu ha...
dya nak teman kan korang baca blog tu... bawa larh dya join sekaki. ada jugak kawan korang bergelak ketawa depan lappy ni...kan?

ha??~!
huaaa..(menguap lagi)..jam dah menunjukkan jam 11.30 nih..tp amoy masih lalai buat kerja.. tidak cukup dengan overtime petang tadi, sambung lagi buat kerja kat umah..
dari dari jam 8 amoy berusaha untuk siapkan kerja amoy ni.. timesheet ni kena siapkan esok..sebab staff lain kena sign dah esok.. tak siap kang, esok rushing jadi nya..
kerja kat office tu masih betimbun lagi hendak disiapkan.. jari jemari amoy laju menekan butang butang keyboard sambil dengar lagu Najwa Latif bertajuk 'K0s0ng'..
mata amoy tertumpu pada skrin laptop. kemudian memandang buku overtimesheet, seminit kemudian amoy meneruskan menaip..amoy merasa sangat-sangat penat, sengal sendi-sendi, otot rasa macam dah kejang..

sakit pinggang yang amoy rasa tu amoy cuma tahan..al maklum la tgh bulan..paham-paham la..bendera jepun dah menyerang la tu..malam ni sejuk semacam..
amoy bergerak dan menarik earphone nya dari terus menutup telinga, tiba-tiba..amoy terdengar sesuatu dari luar..seperti ada orang yang hendak masuk ke dalam rumah..
'sapa la pulak yang mahu masuk dah malam macam ni, padahal semua orang dah tido' hati amoy berbisik sendiri..kemudiaan amoy menyumbat semula earphone ke telinganya..tapi amoy masih terdengar seperti ada orang sedang menolak pintu utama dari luar..
hati amoy dah tak besh..amoy up kan volume lagu supaya amoy tidak terdengar bunyi itu lagi..tapi bunyi itu semakin kuat seperti di hentak.. cepat-cepat amoy membuka earphone nya dan mendengar bunyi itu..20 minit amoy mendengar..tapi bunyi suda tidak ada..
'ah~mungkin perasaan amoy saja kot' kata amoy lagi..amoy menyambung semula kerja nya..

amoy terasa haus pula. lalu amoy ke dapur, kemudian membuka peti sejuk untuk mengambil air sejuk, amoy berdiri di depan sinki, amoy terasa seperti bulu tengkuk dan bulu roma nya meremang dengan tiba-tiba. amoy segera meletak cawan nya dan hendak melangkah untuk masuk kebilik..
setelah amoy berpusing dan hendak memulakan langkah, tiba-tiba amoy terasa seperti badan amoy tidak boleh bergerak, kaku, keras semacam, amoy hendak menjerit, tapi amoy tidak terkata-kata seperti orang bisu.. amoy memandang ke lantai.
ada yang menitik dari atas. seperti air.. bila amoy memandang ke atas, tiada lagi air yang menitis. amoy terasa seperti kaki nya di pegang oleh sesuatu.dan ada yang mengalir di celah paha nya..amoy terlihat darah nya seperti di hisap sesuatu, tapi benda 2 tidak jelas..
yang amoy nampak cuma rambut hitam benda 2...amoy berusaha untuk menjerit..tapi suaranya tidak kedengaran langsung. sehinggah la amoy tidak berdaya lagi, lemah, amoy melihat jari nya yang mengecut dan pucat seperi orang tidak mempunyai darah lagi...
amoy seperti hendak pitam..tiba-tiba sesuatu mendekati amoy.....

meyo ~ HOIIIII~!!!!! tido la...dah 12.30am ni...
amoy ~ OTW nak tido la ni.~~ada keja sikit lagi..
meyo ~ OTW-OTW.
amoy ~ hum baru nak berimaginasi ..(sambil tutp lappy, then naik katil dan tarik selimut)
meyo ~ Aik? tak kan tido sorang?
amoy ~ abis tu??
meyo ~ ajak la kawan ko tu sekali, kesian la dya bediri dekat tingkap tu..
amoy ~ Gulp~~



hahahahahha....
ok...nyte all..

Nota Jari : Cuci kaki dulu taw, then baca doa tido...~ok all....selamat malam... e e e e e e e e e e e e e e e

10 comments:

Anum said...

banyaknya keja amoy

Anum said...

banyaknya keja amoy

AmoyCincai said...

@Anumamoy kerja jadi kerani makan gaji,,mmg kena bt banyak kerja..hehehe

Anonymous said...

ingtkn cite hntu td (-.-')

AmoyCincai said...

@Anonymoushahhaha

CikPuan Azizah said...

lol.. ingatkan citer hantu..buat suspen je..

AmoyCincai said...

@CikPuan Azizah
hahaha...kes boring ni kak...

CikMai said...

haha suspen betul citenya....

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

rajin betul dia buat kerja. hehe.
jangan terlampau banyak buat kerja. badan kena rehat jugak. ^^

AmoyCincai said...

@CikMai
suspen ker?? hahaha....

@Orkid Edyliyne @ OrkEd
apa blh buat...kan siapkan..urgent katakan...hehee