Pages

30 April 2012

MELUPAKAN PAKWE MAHUPUN MAKWE.

"when your ex asks if you can still be friends right after a break up, its the same thing as having a kidnapper telling you to keep in touch".


pernahkah kamu ditinggalkan? ditipu? dicurangi? tapi masih susah nak buang muka dia dari kepala otak kamu? tak usah risau. di bawah ada jalan penyelesaiannya ;



1. TAK PERLU BUAT PANGGILAN DI HANDPHONEKU -SLEEQ





perkara yang paling penting ialah handphone. waktu mula mula break up, gerenti kamu akan dipujuk balik atau menunggu untuk dipujuk tapi tak dipujuk pujuk. jadi apa yang kamu perlu buat ialah matikan sahaja telefon. boleh juga block nombor beliau. atau lebih afdal, tukar saja sim baru.




2. SEMUA KISAH PASTI ADA AKHIR YANG HARUS DILALUI -ADABAND





jika kamu seorang yang baik dan sopan, pulangkan kembali semua pemberian dari beliau. jika kamu terlalu geram dengan beliau, bakar saja pemberian beliau. dan jika kamu mahu dapat pahala, kamu boleh dermakannya kepada orang lain.




3. HANCUR HATIKU MENGENANG DIKAU -ADIFASHLA.





elakkan bertemu dengan beliau sama ada di dunia realiti mahupun dunia maya. jika boleh, unfriend atau block sahaja beliau. aku pasti, kalau kamu tidak buat begitu, kamu pasti akan stalk profile beliau setiap hari. dan kamu pasti sedih bagai nak mati bila beliau sudah ada relationship baru.




4. BERAKHIRLAH SUDAH SEMUA KISAH INI DAN JANGAN KAU TANGISI LAGI -KERISPATIH.





seteleh selesai melaksanakan ketiga tiga langkah di atas, kamu perlulah berhenti menangis. dapatkan tidur yang cukup, dan jangan tonton drama atau filem yang sedih. tidak perlu lagi menangis untuk seseorang yang tak menghargai kamu.




4. MAKA TAK PERLU KAU SUSAH HATI, BANYAK LELAKI YANG BISA KAU PILIH -ALIFFSATAR





kemudian kamu boleh cuba mencari jodoh atau teman tapi mesra. serius, kehadiran seseorang itu sedikit banyak akan membantu kamu melupakan kisah lama. mulakanlah hidup baru.




5. MASIH BANYAK TEMAN TEMANKU DISINI MENEMANIKU -SHADEN





jika hati kamu masih trauma, kamu perlu lupakan soal cinta buat seketika. luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan kawan kawan. lebih afdal jika kamu bergaul dengan kawan yang single juga. kerana mereka lebih memahami.




6. MAAFKANLAH BILA HATI TAK SEMPURNA MENCINTAIMU YA ALLAH -OPICK





dan yang paling penting, kamu harus redha dengan ketentuan Tuhan. anggap ini semua ujian. apa yang beliau lakukan terhadap kamu, pasti akan berulang kembali kepada beliau satu hari nanti. dan percayalah, Allah sudah sediakan seseorang yang jauh lebih baik dari beliau untuk kamu :)



Tolong Tekan Untuk Amoy Text Di Bawah Ni K.. hehe
_________________________________________________________________

Yuna Di Atas Bintang
Life Story
_________________________________________________________________

dah??ok...tq.

2 comments:

reza ahmad said...

comei katon kpale bulat2 :P

CikMai said...

suka entry ni, semua betul..tak guna sedih utk org yg tak sudi.