Pages

24 April 2012

Naluri Ku Sebagai Wanita


aku di lahir kan menjadi wanita,
di beri nama rohainah..yang aku sendiri tidak tahu apa maksudnya..adakah ia membawa 1 maksud yang baik atau sebaliknya...
aku punya banyak nafsu iaitu,9 dan aku di berikan 1 akal..itu la yang telah di tentukan ALLAH,dan itu lah yang telah takdirkan sebelum aku di lahirkan.
semasa aku kecil, aku seorang yang selalu ingin di manja, kerana aku satu-satunya anak perempuan, tapi aku tidak mendapat nya.kerana orang tua ku tidak punya kesempatan dan tidak punya banyak masa untuk memberinya..kesibukan menanam padi, kesawah, dan kelaut.tapi mereka tidak lupa mengajar aku mengaji.itu yang aku paling hargai.urm.~itu la orang tua ku.aku orang susah, dan aku memahami kesusahan itu, perit yang kedua orang tua ku alami, aku dapat merasa beban yang mereka tanggung untuk membesarkan aku dan saudara ku.
sehinggalah kini aku telah dewasa, berdikari, berusaha untuk tidak memberikan kesusahan pada orang tua ku, kata orang anak bongsu ni menyusahkan.tapi aku tidak.~! aku tidak ingin sesekali menyusakahn orang tua ku...cukup la masa aku sekolah aku menyusakahn mereka, kini  aku ingin melihat orang tua ku senang. dengan itu aku menyambung pelajaran, walaupun tidak lah sampai ke U yang orang lain bangga-banggakan. dengan segulung sijil aku berkerja, alhamdulillah aku kini berkerjaya, berdiri di kaki sendiri. tinggal di negeri orang tanpa ada keluarga disisi sepanjang masa.

Tapi hidup di perantauan ini membuatkan aku lalai, tersesat dan terleka beberapa perkara dan jarang aku amalkan, Solat.mengaji. kini aku terlalu jauh dari allah. sudah lama aku melupakannya...dan kini naluri itu datang perlahan-lahan menusuk ke kalbu ku, sedikit demi sedikit perasaan itu menyelinap ku jiwa ku, terdetik hati ku untuk memulakan langkah untuk mendekatkan diri ku semula kepada Allah. aku manusia yang penuh dosa,berharap dengan ampunan mu ya Allah.~
naluri ini adalah naluri ku sebagai seorang wanita, aku ingin menjadi seorang isteri yang taat, solehah patuh kepada suamiku, aku ingin mendoakan kedua ibu bapa ku,aku ingin memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh ku dengan pakaian labuh, aku ingin kan jalan kebenaran, aku ingin menjadi anak yang baik untuk kedua-dua ibu bapa ku, aku ingin menjadi wanita sebaik-baik wanita.aku ingin di berikan seorang imam yang boleh memimpin ku..aku ingin meminta ampunan mu ya allah..

sekiranya hari ini adalah hari terakhir aku di dunia..izinkan lah aku menadah kedua tangan ku untuk berdoa kepada mu ya allah,izin kan aku mencium tangan kedua ibu bapa ku, izinkan aku memeluk mereka, izinkan aku menangis di hadpan mereka.. aku juga ingin beban kedua ibu bapa ku di ringankan, aku ingin doakan kedua ibu bapa sebelum aku pergi..ya ALLAH hanya la ENGKAU tempat ku mengadu, aku manusia yang penuh dosa, berharap ampunan mu ya allah, ku lihat di langit kesempurnaan hadir mu, kau cinta pertama dalam hidup ku ya allah..sesungguhnya KAU lah Cinta Pertama Ku ya allah...



Pada bakal imam ku,jika kita telah di satukan, pimpin la aku ke jalan yang baik menuju ke syurga.jadikan lah aku seorang isteri yang baik,taat dan tidak perpaling dari mu wahai imam ku.kawal lah nafsu 9 ku itu dengan 9 akal yang allah berikan pada mu bakal imam ku.. dan aku akan menjaga 1 nafsu mu itu dengan 1 akal ku ini..dan jaga lah aurat ku sekiranya terdedah di hadapan orang ramai. ajar la anak-anak ku supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.. semoga kasih sayang yang akan kita semai ini akan sampai ke syurga.~~

mak, bapa, tiada apa yang ku minta kecuali doa mu untuk ku..doakan lah anak mu ini di dua akhirat..


Nota Jari : Mencatatkan apa yang amoy rasa skrg ni..

2 comments:

CikMai said...

wahh entry amoi harini menyentuh jiwa ye....

AmoyCincai said...

@CikMai
layan perasaan jap cik mai...hehe