Pages

15 May 2012

AKU ADALAH LELAKI

"ahh. aku bukan perempuan, aku bukan perempuan". itulah ayat yang selalu bermain difikiran aku waktu di sekolah rendah dahulu. sesungguhnya aku tak mahu jadi perempuan. aku mahu jadi lelaki. 


jadi lelaki baru ohsemm. jadi perempuan tak ohsemm. itulah pegangan hidup aku.


waktu itu aku gemar memakai t-shirt dan seluar berbanding baju kurung. apatah lagi dress. dan aku rasa lebih ohsem bila pakai topi. boleh sorokkan rambut dalam topi. yaa, barulah nampak kejantanannya di situ. dan tak lupa, aku selalu jalan kengkang. tak pernah reti nak kepit.




suatu hari, ayah hadiahkan aku sebuah basikal sebab aku berjaya dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang gemilang dan terbilang. aku melonjak gembira. basikal itu memang power. macam basikal budak lelaki. tinggi dan bergaya. tapi apakan daya, beberapa hari selepas itu, ayah tambahkan bakul pada basikal itu. ahh terus jadi tak power.




aku fikir, bila aku jadi lelaki, emak tak akan suruh aku buat kerja rumah. kakak akan lipatkan baju aku, kemaskan bilik, dan bla bla bla. ayat yang paling aku mahukan ialah "abang, mari turun makan". aku tak mahu ayat "angah, meh sini tolong mak kupas bawang". tsk.




aku mahu melepak ditembok mahupun di mall sambil mengurat anak anak dara pingitan di situ. aku mahu buat buku koleksi no talipon. 




aku mahu pulang lewat setiap hari. aku mahu main futsal, merempit, shuffling. ahh, jantan sungguh.




tapi kamu semua tahu, itu hanya lah mimpi yang tak mungkin jadi realiti. sewaktu aku tingkatan 1, aku dimasukkan ke sebuah sekolah yang agak baik budi pekertinya. sejak dari itu, aku mulai rasa bersyukur dilahirkan sebagai perempuan.




jangan tanya kenapa.




Tolong Tekan Untuk Amoy Text Di Bawah Ni K.. hehe
_________________________________________________________________

Yuna Di Atas Bintang
Life Story
_________________________________________________________________

dah??ok...tq.

1 comment:

Anum said...

gelak anum tgk entry nie :)