Pages

12 May 2012

Cantik Di Mata ALLAH Atau Di Mata Manusia?

Assalammualikum.~ :)
mari kita bercerita tentang cantik..cerita bagaimana untuk kelihatan cantik di hari-hari tertentu mahu pun di hari-hari-hari.


 Cantik Di Hari-Hari Biasa, Hari Tidak Berkerja
                   ** Kita duduk rumah pun mesti nak cantik. kan? cantik untuk siapa? untuk diri sendiri..ya..amoy pun..tp selalu amoy kat umah serabai jer.belum kawin lagi jadi serabai pun tak apa.ups lari tajuk..Selalu kalau pergi kerja mesti pakai make up kn? tapi bila kat umah tak ada plak pkai make up..cuba korang duduk kat depan cermin, tengok betul-betul muka korang. mesti cantik tanpa make up kan? comel gitu..telitikan tengok muka seinci demi seinci..hehe.. urm..mesti cakap "cantik juga aku ni" dalam hati..hehe. bagi yang belum berkahwin kalau tak cantik kat umah pun tak apa, yang penting bersih & kemas, kalau yang dah bersuami..cantik hari-hari itu penting untuk si suami..hehehe betul tak? amoy pun nak jadi cantik untuk bakal suami amoy..supaya dya tak carik lain.hehe


 Cantik Di Majlis Orang kahwin. (Pompuan)
                    ** Korang pernah tak pergi ke majlis kawin Orang? Majlis kawan-kawan ker? anak kawan emak ker? pernah? mesti korang pakai cantik-cantik kan?? pakai mekap tebal-tebal, tempek sini tempek sana, bagi merah pipi untuk nampak comel, pakai baju blink-blink ala-ala datin gitu. Sebenarnya untuk apa korang pakai macam 2? Supaya Dapat pakwe? hehe..or saja nak tayang-tayang? yela orang ramai kan..mesti ramai nak tengok...kan kan kan?? ngaku je la...~ Tapi Sebenarnya Tak payah la semua tuh..buang masa..hahaha..simple-simple suda..bagi natural sikit muka tuh tanpa makeup, pakai la sesimple yang boleh..pakai baju yang sesuai.akan nampak caantik juga....bila dah cantik tak makeup pun tetap cantik..pakai apa pun tetap cantik..kan?? kan?? kan?? 


 Cantik Pada Hari Perkahwinan Sendiri (Pompuan)
                    ** Cantik Di hari perkahwinan diri sendiri, siapa tak mahu cantik di hari bahagia sendirikan? biasa makeup sendiri, tapi kali ni mak andam plak yang bagi make up.. tapi Bagi gadis-gadis yang dah terlalu biasa bermakeup di hari-hari, letak foundation, pack powder blusher.. macam-macam la tempek kat muka tuh di hari perkahwinan nanti dah tak cantik dah..hahahahaha... tahu kenapa? sebab tak ada perubahan..masa dya makeup sendiri, dan masa mak andam tuh makeup dah lebih kurang sama...tak ada beza...orang biasa tengok muka kita bermakeup pun akan berkata macam tuh...tak ada perubahan..Tapi bagi yang tak biasa bermakeup, selalu jalan gi mana-mana pun natural tak pkai apa-apa,Bila di majlis perkahwinan dya sendiri dya kelihatan sangat cantik...cantik cantik cantik...orang semua puji-puji,..."eh cantik la kau ni.." dorang akan puji sebab dorang tak pernah tengok ko bermakeup la 2...selalu pucat ja muka..hahaha..teringat plak masa amoy bertunang dulu...semua orang puji amoy cantik sebab amoy bermakeup..selalu tak..hi hik..

 Cantik Dengan Memakai Baju Ketat-Ketat
                  ** cantik ker orang pakai baju ketat? nampak bentuk body?? urm.."lain orang lain pendapat..masing-masing ada cara untuk kelihatan cantik".. -pendapat amoy-  Tak pakai baju ketat pun kita tetap cantik..mana ada makhluk ALLAH yang Tak cantik..betul tak? Tapi Kalau boleh biar la pkai yang longgar tidak menampakkan susuk tubuh...pengalaman amoy la kan..dulu amoy suka pakai baju ketat..tapi bila orang lain tengok amoy, lain macam..lebih-lebih lagi lelaki..urm..tahu je la lelaki kn....paham-paham la.. Daripada 100% pemikiran dorang tuh.. ada 15% yang kuning, yang lebihnya lagi bersih.. hehe..ups soryyy...hehe.. jadi kalau boleh pakai la yang longgar yer..pakai baju kurung ker...kan?? lagi org cakap "cantik + manis"



 Cantik Di pandangan Allah
                  ** hurm..amoy tak layak lagi sebenarnya bercertia hal ni sebanarnya..sebab amoy pun belum sempurna lagi..~bagi korang cantik di mata ALLAH ni macam mana? ini pendapat amoy ea.. Kita Sebagai Perempuan ni xpayah lah berhias sangat..tak payah berlebih-lebih dalam soal kecantikkan.. pernah dengar tabarruj tak? atau ada sesiapa yang tahu..

"Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat)."

itu lah tabarruj..amoy pun baru belajar pasal ni...biarlah kita bersederhana dalam berhias.. pakaian pun penting juga.. kelihatan sopan dan untuk lebih cantik di pandangan mata ALLAH...


Penulisan Amoy

___________________________________________________________________________

ini amoy kutip dari sebuah article..

  • dengan kecantikan yang kamu miliki lebih anggun daripada mentari
  • dengan akhlak yang kamu miliki lebih harum daripada minyak kasturi
  • dengan kerendahdirian yang kamu miliki lebih tinggi daripada rembulan
  • dengan sifat keibuan yang kamu miliki lebih menyegarkan daripada hujan
oleh karena itu,

  • peliharalah kecantikanmu dengan iman
  • peliharalah kecantikanmu dengan sikap nriman
  • peliharalah kesucian dirimu dengan hijab
maka dari pada itu,

  • jadikanlah taqwa itu bak pakaian bathinmu, niscaya kamu akan menjadi wanita tercantik di dunia, meskipun pakaian lahirmu lusuh dan kusam
  • jadikanlaah rasa malu sebagai baju kurungmu, niscaya kamu akan menjadi wanita yang paling anggun di dunia
  • hindarilah pola hidup yang dilakukan oleh wanita-wanita fasik, yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk menarik lawan jenismu, dan menjadikan tubuhnya sebagai barang tontonan atau kenikmatan kaum pria belaka, tanpa mengindahkan norma-norma kesusilaan dan hukum syari’at agama

______________________________________________________________________

Nota Cinta : walaupun dirimu tidak cantik dimata manusia,cukuplah sekadar cantik dihadapan ALLAH

No comments: