Pages

14 May 2012

Curang

Dicurangi.
Tetapi tetap mahu bertahan di sisi.
Masih mahu memberi peluang entah sampai infiniti.
Adakah kita mampu mengekalkan kekuatan hati?
Itu soalan untuk kita renungi.


Kadangkala, betapa bersungguh kita mahukan sesuatu, kita terpaksa melepaskan sesuatu itu pergi. Betapa kita berusaha kuat mahu mempertahankan ia di sisi, ia tetap akan pergi. Kadangkala, kita harus terima bahawa, itu bukan milik kita. Bukan sesuatu yang yang kita mampu untuk tanggung di kemudian hari.


Kita setia. Kita cuba berikan segala yang kita mampu dalam satu perhubungan. Tidak kira itu adalah hubungan sesama kawan, pasangan kekasih ataupun pasangan yang kita nikahi. Di saat kita mempertahankan kesetiaan kita daripada berpaling tadah dari manusia yang kita sayangi, kita ditikam dari belakang. Kadangkala kecurangan itu bahkan ditunjukkan secara terang-terangan tanpa memikirkan apakah perasaan kita sendiri. Dan kita, sebagai manusia yang setia, akan berusaha untuk memastikan kesetiaan itu akan berbaloi dengan apa yang telah kita korbankan. Terperangkap dalam situasi sedemikian, kita masih mahu menghadapi kenyataan yang pedih dengan tabah.

Untitled

Tetapi kita harus ingat, salah satu cara untuk melangkah ke hadapan dengan tenang adalah dengan berlalu pergi dan tinggalkan perkara yang menyakitkan dan membunuh kita. Kita tidak akan menang sentiasa dalam pertarungan yang kita hadapi, itu hakikat yang kita perlu sedar. Dan dengan berlalu pergi bukan bermaksud kita kalah, tapi kita sebenarnya menyediakan ruang untuk diri sendiri hidup di peluang yang lain. Kita menyelamatkan hati kita daripada terus musnah pada tangan yang sama.



[Sumber gambar]




Dalam hidup ini, sangat berbaloi jika kita melawan untuk sesuatu yang memberikan kita kepuasan. Walaupun kita kalah, tetapi dengan melihat ke belakang, kita bangga dengan apa yang kita lalui, yang mengajar kita untuk menjadi lebih tabah, lebih kuat dalam menghadapi apa sahaja. Kadangkala kita perlu melihat apa yang kita miliki sekarang ini, pastinya lebih baik daripada apa yang kita lepaskan daripada terus melalui kesengsaraan sendiri.


Di sebalik kecurangan manusia dalam hidup kita, yang tidak pernah gagal menyakiti, membunuh setiap daripada apa yang kita pertahankan - satu kita ingat bahawa mereka tidak akan pernah berhenti. Ya, kecurangan itu satu nikmat yang hanya mereka yang mengerti betapa enaknya. Bila sekali mereka pernah curang, tidak mustahil mereka akan mengulanginya untuk kali kedua ataupun seterusnya. Adakah kita mahu bersama dengan mereka lagi? Boleh, tetapi tanya diri kita, apakah kita mampu menghadapi kesakitan itu setiap kali?


Sesetengah daripada kita memilih untuk kekal bersama.
Memilih untuk terus percaya dengan manusia yang mencurangi.
Bertahan di sebalik kesakitan yang menghiris setiap saat.
Tegar pandang ke langit agar tiada air mata yang mengalir.
Gigit bibir supaya muka kekal tidak berubah.
Sinaran mata tetap bercahaya dengan ceria.


Dan, apakah pilihan yang ada untuk kita?
Teruskan mencari kegembiraan dan kebahagiaan sendiri.


Nota Cinta : Kita boleh terus mengingati semua kenangan buruk dan menyedihkan atau tanam dan buang segalanya jauh-jauh serta mulakan hidup baru yang lebih baik. Pilihan di tangan kita sendiri.




Tolong Tekan Untuk Amoy Text Di Bawah Ni K.. hehe
_________________________________________________________________

Yuna Di Atas Bintang
Life Story
_________________________________________________________________

dah??ok...tq.

No comments: