Pages

19 July 2012

My Dear Ex "Mr.SM"

sory sy curik dari album fb kmo

Hai kamo. Assalammualaikum.
kamo sihat??
saya harap kamo sentiasa sihat dan bahagia.. amin
kamo, saya mintak maaf ea sebab tadi saya stalker FB kamo...
intai guna fake FB.. hehe.. genius kan saya? hahaha
seems like kamo dah happy skarang kan..
dah rajin update status, dah rajin tegur2 ngan kwn2 gegirl...
(^~^) ... alhamdulillah...
semoga pintu hati kamu akan terbuka untuk seseorang yang special suatu hari nanti...amin

urm..terasa masa cepat sgt berlalu...
sekali lagi saya minta maaf sebab terlupa tentang birthday kamo..
dah masuk kali kedua kan saya lupa? urm.. maklum lah dah nanyukk..
"28 jun" skarang dah 19 jul . fuhhhh.. tapi tak apa lah..
kalau saya tak wish pun xkan ada masalah lah kan??
fuuhhhh legaaa...

walaupun kita dah tak ada apa-apa, saya still simpan kamo dalam ingatan saya..
kamo masih igt lagi tak kenapa kita berpisah???? saya masih ingat lagi...
fuuhhhh.. bila d igt balik.. memang nagess...
kita berpisah atas permintaan saya.. walaupun tanpa kerelaan ..
bukan di  sebab kan orang ketiga..
tapi kerana hubungan kita tidak di restui oleh ibu kamo..
hanya di sebabkan saya orang sabah.. dan kamo orang semenanjung..
saya minta perpisahan ini sebab saya hormatkan mak kamo..
walaupun saya belum pernah jumpa dia lagi.. n saya tidak mahu kamo jadi anak derhaka pada mak kamu..
*tarik nafas sat*
kita berpisah, selepas 6 bulan..
saya membuat keputusan untuk menerima pinangan orang lain..
dan kini bergelar tunagan orang...
saya tahu kamo terluka.. saya pun sama
tapi kam0 adalah yang terindah dalam hidup saya...

dah la cukup la memori yg sakit ini...
tiba-tiba teringat kat kamo..
urm..kenapa pic saya masih ada dalam album fb kamo ea..?

kamo delete la.. nanti future gf kamo nampak...
saya tak mahu ada pergaduhan....
urm.. k la... dah tak larat nak taip banyak2... saya letak ni di sini sebab saya tahu kamu stalker blog sy.. hehe..

*yeke* haha..
hapy2 always ya... cute kucim kamo..
kimsalam kat kucim tu ya.. hehe
assalammualaikum..

sunset terakhir kita

mood : mengenang memori
p/s : kata orang kisah lama jangan di kenang..tapi saya tak boleh.. sebab kisah kami bukan kisah buruk... kisah kami berpisah untuk kebaikan.. dan mengenang nya hanya sekali sekala.. jika kenangan indah, segala kenangan pun akan di ingat.. jika kenangan perit.. nak igt x sanggup.. nak pandangan wajah pun x ingin..kami bukan musah. kami sahabat dalam diam.

11 July 2012

Sahabat # 2

sahabat


wahai sahabat ku..
semasa engkau sedih, aku la tempat mu mengadu.
tapi bila engkau sudah gembira, engkau lupakan aku.

wahai sahabat ku..
semasa engkau susah, aku la tempat mu meminta pertolongan
tapi bila aku susah, aku meminta pertolongan, tapi engkau tidak memberi.

wahai sahabat ku..
ketika engkau tidak punya teman, aku la teman mu ke sana sini,
tapi bila engkau punya teman yang ramai, engkau lupa pada teman mu ini.

wahai sahabatku..
ketika engkau berduka, bahu ku la menjadi tempat mu bersandar,
tapi ketika aku berduka, bahu mu di mana?.

wahai sabahat ku..
bukan niat ku untuk mengungkit, tapi aku memperingtkan engkau..

wahai sahabatku..
di mana engkau ketika saat-saat aku sangat-sangat memerlukan engkau.??

wahai sahabatku..
aku jujur mengatakan.. aku cemburu melihat persahabatan orang lain, yang akrab..
saling bantu membantu...

wahai sahabatku..
aku tahu tidak semua manusia sempurna..
tapi aku menginginkan sahabat yang ada bersama di masa susah dan senang,
aku ingin sahabat yang sudi mendengar luahan rasa ini,
sudi berkongsi kegembiraan ini,
aku juga inginkan sekali ada sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka, bukan hanya di masa suka dan gembira..
bila susah dan duka buru la mencari aku...

wahai sahabatku...
aku ingin engkau tahu,
engkau kekuatan ku,
engkau semangatku
kini
engkau di mana??
aku rindukan engkau... :(

wahai sahabatku..
apa kah erti persahabatan bagi mu..

friendship may not last forever but will remain in our memory forever


mood : jiwang & sedih

Happy Wednesday

emuahhh~~~

Cuma Entry Kosong...



lop u... ew ew ew ew ew ew

09 July 2012

sahabat

Sahabat


Dulu -2009-2011

kita sahabat
kita friend dalam facebook,
kita selalu chat dalam fb walaupun kita hanya bersebelahan,
kita saling sakat menyakat,
kita bergosip bersama-sama,
kita pernah ketawa bersama,
kita berkongsi masalah bersama,
kita makan bersama,
kita kerja bersama,
kita sebelum tidur kita selalu bercerita,
kita jalan-jalan bersama,
kita shoping bersama,
kita lepak bersama,
hampir semua kita bersama-sama


Kini -pertengahan 2011

kita berangapan kita sudah menjadi musuh,
kita sudah unfriend siap block lagi,
chat pun dah tak sudi walau pun masing-masing on9,
kita sudah tidak sehaluan,
kita sudah tidak bertukar senyuman,
kita lebih banyak berdiam diri,
kita sudah tidak bercerita lagi,
kita masing-masing buat hal sendiri,
kita sakitkan hati sendiri,
kita sudah tidak tegur menegur,
kita saling salah menyalahi,
kita berpandangan pun sudah tak sudi,
ada saja yang tidak kena pada pandangan mata masing-masing, masing-masing ego, tidak mahu mengalah.

Sekarang - pertengahan 2012

walaupun persengketaan antara kita itu masih lagi tidak dapat di lupakan, aku ingin meminta maaf pada mu wahai sahabat,
walaupun aku masih keliru di atas persengketaan yang aku tidak tahu apa punca nya engkau berubah,
walaupun aku juga terasa hati dengan sikap mu yang berubah menjadi pendiam dan langsung tidak menegur aku,
jika engkau terasa hati oleh kerana "HAL" itu, aku ingin meminta maaf,
hal yang aku tidak menduga engkau akan berubah sikap menjadi pendiam bila kita bersama,


aku add kau semula dalam fb sebagai friend,
aku add kau semula kerana aku masih anggap engkau sebagai seorang sahabat yang pernah berkongsi masaalah dengan aku dahulu,
aku add kau semula kerana aku tidak boleh lupakan kau sebagai seorang sahabat baik ku dulu,

walaupun kini kita masih bersengketa tapi jangan lupa dulu kita juga pernah bersahabat
-aku tidak mahu ego menguasai diri ku-
salam sahabat utk mu "SE".

06 July 2012

Irine Nadia Marcello + Amirul

.Assalammualikum.

nak baut entry laju2..hehe

fuhh.. cantik kn pengantin ni...
blogger terbaik malaysia..
pengantin muda.. tercomelll hehe

hehe.. masih belum terlambatkan aku nak wish. hihik..

selamat pengantin baru Irene Nadia Marcello dan suami  Vel Oliv3r
korang sangat cantekkkk..sepadan.... n comel.. cute.. segala2 la.. hehe..
semoga bahagia ke anak cucu  ...
loike ur gigi arnab.. hehe



sepadan sangat... semoga bahagia hingga ke tua...

salam..


Naik Pelamin Tuh Wajib Ker?

.Assalammualikum.

Title Best.. tp tak tahu lak la mcm mn isi nya,.. hahaha..
siapa antara korang yang tahu apa hukum naik pelamin??
hahaha... seriusly..aku tak tahu hukum nya.. sebab masa aku sekolah.. ustaz aku tak ada bagi tahu plak...
masa aku masuk ipt pun ustaz xada cerita dalam bab perkahwinan...
masa dahulu kala la aku tak tahu...sekarang aku dah tahu...
aku tahu sebab aku tanya pak google la..
*segala nya di hujung jari anda...*
aku taip je.. APA HUKUM NAIK PELAMIN.. haha
tup tup tup.. pak google bagi banyak website..

sebelum aku bagitahu apa pak google tuh bagitahu aku.. aku nak cerita sikit benda mengarut.. he he

dulu ada sorang mamat ni.. *ex aku .. dya kata nak kawin ngan aku, tapi tak mahu naik pelamin..
dya just nak buat kenduri kesyukuran..
aku tanya la knp plak.. kan....dya blm jawap lagi soalan aku tuh
dya tanya aku balik..."KAMU TAHU TAK APA HUKUM NYA NAIK PELAMIN?"

cuteee...
aku pun geleng kepala n berfikir.. naik pelamin ni ada hukum ka?? semua orang kawin yg aku nampak semua naik pelamin je...
tus dya kata... "CUBA TRY SEARCH KAT INT."


so keesokan hari nya aku try ar google..
ada yang kata hukum nya adalah HARAM..dan sesiapa yang melihat pasangan pengantin di atas pelamin..
ibadah nya tidak di terima selama 40 hari...dan adat naik pelamin ni adalah adat orang hindu...
urm..."yeke mcm tuh??


aku tak puas hati aku try lagi google...then aku terjumpa ini..

tadaaaaaaaaaaaaaa..
----------------------------------------------------------------------------------------
*SAYA ingin mengetahui penjelasan mengenai hukum naik pelamin atau pun membuat pelamin untuk kenduri kahwin.
Saya runsing memikirkan hal ini kerana akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi 

RUNSING 
Pulau Pinang

Perkahwinan adalah ikatan suci yang sunnah daripada Nabi SAW. 
Disunatkan juga mengadakan kenduri kahwin yang bertujuan mengumumkan pasangan bagi mengelakkan fitnah serta berkongsi kegembiraan dengan masyarakat. 
Rasulullah bersabda: “umumkan perkahwinan dan langsungkanlah di masjid dan pukul lah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu. 
“Ketika sahabat Abdul Rahman bin ‘Awf berkahwin, Rasulullah bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” 
Sebahagian besar masyarakat kita mengumum dan memperkenalkan pengantin melalui pelamin di mana mereka disandingkan sebagai cara diperkenalkan pada umum. 
Adat setempat tidak disanggah agama selama mana tidak bercanggah akidah dan syariat.*

----------------------------------------------------------------------------------------
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
------------------------------------------------------------------------------
Wallahu ‘Alam.
so apa pendapat anda???

bila aku dah tahu jek benda ni.. aku trus tanak naik plamin ar...
aku tefon mak aku..aku bagitahu dya, bila aku kawen nanti..aku tanak ar bersanding...xnak ada pelamin..
korang tahu mak aku cakap apa??

"mana boleh mcm tuh.. nanti apa kata saudara mara kita????"

see?? aku tak suka bila mak aku suka dgr pandangan n kata2 orang lain...
bila aku jelaskan hukum nya.. mak aku tanak dengar... biasa la.. beliau2 zaman2 dulu2 ni.. mana dengan kata2 anak2 moden.. kata nya.. orang lama lebih banyak makan garam.. sebab tuh banyak yg kena darah tinggi.. hahahah.. kiding..

jadi sebab ikt kn kehendak mak aku.. terpksa la juga aku ikutkan..
.. ok la.. dah panjang sangat entry nya...bye..~ 

lariiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

03 July 2012

My Wedding Preparation # 2

.Assalammualikum.


hai.. korang... ni ada adalah sambungan bagi entry aku yang ini..
aku nak share kan dengan korang tentang wedding planner aku yang aku nak jumpa hari tuh..
aku dah jumpa dgn dya tau hari sabtu lepas.. bersamaan dengan 30 jun 2012..

nama butik tu..  Butik Pengantin Dayang di kawasan Inanam Taipan Kota kinabalu sabah...
jadi sapa2 rasa nak kawen tu yang di area sabah... blh la g butik dya.. hehe
harga berpatutan.. pakej pun cantek..


jom tengok pakej yang aku dapat hari tu..

  • Pelamin
  • Busana 2 pasang L&P koleksi sedia ada
  • termasuk aksesori asas pengantin L&P
  • free alas nikah exclusive
  • free payung pengantin
pakej ni berharga RM 2,800.00

belum termasuk mekap, dan caj pengankutan..

mekap lain harga ok... sekali mekap.. lain harga..
jadi aku ambik 3 kali mekap.. untuk

Hari nikah
Malam Berinai
Hari Bersanding

aku dah lupa harga dya... tp makain banyak mekap.. makin murah la.. hehe

bila dah total semua pakej tu n mekap.. sekali caj pengangkutan 
RM 3,738.00
Deposit RM 800.00-RM 1,000.00

Harga ni dah ok dah bagi aku.. En.tunang pun stuju..... hehe..

contoh pelamin saya...


pelamin ni aku nak buat dalam umah.. tapi aku takut keberatan pelamin ni tidak dapat di tampung oleh rumah orang tua aku tu... al maklumlah rumah orang kampung...
nak buat kenopi tapi takut ruang halaman rumah plak x mencukupi.. hahaa

pelamin ni aku cuma bagi contoh untuk wedding planner aku.. semua nya inspirasi dari syazreen yang sangat comel tu... tapi pelamin tuh nanti xada lah sebijik macam ni.. haha...

so.. mcam mn? korang rasa harga ni berpatutan ke x?? hehe

dah fitting busana nanti aku bagi tgok plak k...
busana dya semua cantek2..... mekap pun dah sebijik mcm MUA.. haha
ok la.. bye