Pages

06 July 2012

Naik Pelamin Tuh Wajib Ker?

.Assalammualikum.

Title Best.. tp tak tahu lak la mcm mn isi nya,.. hahaha..
siapa antara korang yang tahu apa hukum naik pelamin??
hahaha... seriusly..aku tak tahu hukum nya.. sebab masa aku sekolah.. ustaz aku tak ada bagi tahu plak...
masa aku masuk ipt pun ustaz xada cerita dalam bab perkahwinan...
masa dahulu kala la aku tak tahu...sekarang aku dah tahu...
aku tahu sebab aku tanya pak google la..
*segala nya di hujung jari anda...*
aku taip je.. APA HUKUM NAIK PELAMIN.. haha
tup tup tup.. pak google bagi banyak website..

sebelum aku bagitahu apa pak google tuh bagitahu aku.. aku nak cerita sikit benda mengarut.. he he

dulu ada sorang mamat ni.. *ex aku .. dya kata nak kawin ngan aku, tapi tak mahu naik pelamin..
dya just nak buat kenduri kesyukuran..
aku tanya la knp plak.. kan....dya blm jawap lagi soalan aku tuh
dya tanya aku balik..."KAMU TAHU TAK APA HUKUM NYA NAIK PELAMIN?"

cuteee...
aku pun geleng kepala n berfikir.. naik pelamin ni ada hukum ka?? semua orang kawin yg aku nampak semua naik pelamin je...
tus dya kata... "CUBA TRY SEARCH KAT INT."


so keesokan hari nya aku try ar google..
ada yang kata hukum nya adalah HARAM..dan sesiapa yang melihat pasangan pengantin di atas pelamin..
ibadah nya tidak di terima selama 40 hari...dan adat naik pelamin ni adalah adat orang hindu...
urm..."yeke mcm tuh??


aku tak puas hati aku try lagi google...then aku terjumpa ini..

tadaaaaaaaaaaaaaa..
----------------------------------------------------------------------------------------
*SAYA ingin mengetahui penjelasan mengenai hukum naik pelamin atau pun membuat pelamin untuk kenduri kahwin.
Saya runsing memikirkan hal ini kerana akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi 

RUNSING 
Pulau Pinang

Perkahwinan adalah ikatan suci yang sunnah daripada Nabi SAW. 
Disunatkan juga mengadakan kenduri kahwin yang bertujuan mengumumkan pasangan bagi mengelakkan fitnah serta berkongsi kegembiraan dengan masyarakat. 
Rasulullah bersabda: “umumkan perkahwinan dan langsungkanlah di masjid dan pukul lah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu. 
“Ketika sahabat Abdul Rahman bin ‘Awf berkahwin, Rasulullah bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” 
Sebahagian besar masyarakat kita mengumum dan memperkenalkan pengantin melalui pelamin di mana mereka disandingkan sebagai cara diperkenalkan pada umum. 
Adat setempat tidak disanggah agama selama mana tidak bercanggah akidah dan syariat.*

----------------------------------------------------------------------------------------
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
------------------------------------------------------------------------------
Wallahu ‘Alam.
so apa pendapat anda???

bila aku dah tahu jek benda ni.. aku trus tanak naik plamin ar...
aku tefon mak aku..aku bagitahu dya, bila aku kawen nanti..aku tanak ar bersanding...xnak ada pelamin..
korang tahu mak aku cakap apa??

"mana boleh mcm tuh.. nanti apa kata saudara mara kita????"

see?? aku tak suka bila mak aku suka dgr pandangan n kata2 orang lain...
bila aku jelaskan hukum nya.. mak aku tanak dengar... biasa la.. beliau2 zaman2 dulu2 ni.. mana dengan kata2 anak2 moden.. kata nya.. orang lama lebih banyak makan garam.. sebab tuh banyak yg kena darah tinggi.. hahahah.. kiding..

jadi sebab ikt kn kehendak mak aku.. terpksa la juga aku ikutkan..
.. ok la.. dah panjang sangat entry nya...bye..~ 

lariiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

No comments: