Pages

20 February 2013

Indah Nya Menjadi Yang Halal~ #AkadNikah


.Assalammualaikum.

Intro dulu

Pic taken 1 month after our wedding

alahai..~ lama nya aku tak update blog kan...dari aku start prepare wedding smpai lah skrg.. nak genap 4 bulan kot..3 bulan ke 4 bulan.. last update 22 oct 12..~ huehu.. sebab aku tak update. erm sebab
aku xade idea.. otak masih blur.. maklum la aku  ni bukan nya penulis berkaliber mcm penulis novel. ihiks. aku tak pandai mengarang puitis, aku tak pandai bermadah berseni " eh dah ke lagu ella plak." ups.. ihiks..~~

okeyh.. mari ke isi tersirat..~! Entri kali ni agak panjang. heee ^_^

Akad Nikah Rohainah & Sariyan Shah

selepas akad nikah. saat tu susah nak gambarkan apa yang ada dalam hati, dalam perasaan, bercampur baur.. 

02 Nov 2012-Tempat : Rumah Kedua Orang tua ku.
 Di mana aku dah pun sah menjadi isteri yang halal kepada En.Sariyan Shah Bin Sarijo. 


masa ni jantung aku dup dap dup dap. terus dalam fikiran ni dah hura hara. teringat segala dosa aku yang aku buat, dosa ku yang di tanggung ibu bapa ku, dari dosa yang kecil sekecil kuman hingga lah sebesar besar gajah, dah beralih dan di tanggung oleh suami ku. dalam hati aku bersyukur kepada Allah, kerana aku di beri peluang untuk mendapat seorang lelaki/suami yang boleh menerima aku seadanya aku, dari segala segi kekurangan hingga la kelebihan yang sedikit, dan suami yang boleh aku percaya boleh membimbing aku menjadi isteri yang solehah yang boleh mendoakannya tiap2 hari, ibu yang baik dan boleh mendidik anak2 kami, dan menjadi ketua bidadari buat suami ku di akhirat kelak. InsyaaALLAH~

kami dah kawen almost 4 month, tapi aku rasa baru kemarin kami kawen. hahaks~ aku mcm tak percaya aku dah jadik isteri orang... aku tanak la upload pic aku nanges2. buruk bebenor rupa. haha..




Jadi.! secara rasmi nya Selepas Lafaz Yang kedua, akhirnya kami sah menjadi suami isteri yang sah dari segi undang2 dan agama .. " Dia gugup sebab tu dua kali lafaz.. hahaha :* "
InsyaaAllah menjadi pasangan yang bercinta setiap hari..
Tapi teringat pesanan rancangan reset minda.


"Jangan la engkau mencintai suami mu lebih dari engkau mencintai Allah, kerana jika engkau mencintai suami mu lebih dari engkau mencintai Allah, nikmat perkahwinan itu akan Allah tarik balik"

 urm .-_- 
Ayah Kandung Wali Ku Yang Sah
"Adalah saya , Juak Bin Awal, bapa kepada Haminah Binti Juak dari saat ini menyerahkan tanggungjawab, nafkah,perlindungan, keselamatan , kasih sayang, dan tanggungjawab agama islam kepada kamu Sariyan Shah Bin Sarijo . Semoga diberkati oleh Allah SWT di atas kmu, dan orang yg membawa tanggungjawab kamu dan zuriat kamu."

:) Ayat kat atas tu tak ada la di lafazkan oleh bapa aku, ayat aku sedot dari lafaz keluarga sakinah, ayat tu aku suka sebab buat aku tersentuh. Ketika ini air mata aku tak berhenti menitis.. yela sapa yang tak sedih kan kalau masa akad nikah ni, dari kecik membesar dengan ibu bapa, bila dah kawen, tup tup bertua tua bersama suami. heee

Untuk bapa -" Ba, halalkan semua makan minum aku selama kamu membesar kan aku "
 Untuk mama -"Ma, Halalkan semua makan minum aku selama kamu membesarkan aku, ampun kan segala dosa ku, maafkan aku jika aku pernah menyinggung atau berkasar bahasa dengan mu selama aku berada di bawa jagaan mu ma.~ "

Masa bersalam salaman dengan orang tua-tua ku..aku ckp tu kat dorang.. tersekat2 sura kat kerongkong..
ingat senang ke ckp benda tu semua dalam keadaan sedih.. :(

Dari Mak mertua : " Nang jaga abang baik-baik " :(
Dari Kaka Ipar : " Nang jaga C abang baik-baik k " :(
InsyaaAllah Ma, long.. amanah mama n kak long sentiasa dijaga.~

Kaka Ipar aku "Kak Long"

Semua orang sedih masa tu, aku tengok macik2 aku pun ikut nanges sama.. adik ipar aku. kecuali lelaki ja yang aku x nampak nangis ms tu..hee.. agak lama juga aku nak tenangkan perasaan aku ni... adalah dalam sejam.. luntur mekap ai.ihiksss..~ 

dah redah dah hujan lebat.

Okeyh laaa.. stakat ni la kot entry aku kali ni.. Ada Masa aku update lagi majlis resepsi kitorang n rezeki awal perkahwinan ni.~ ihiks.

_BERSAMBUNG_

*_* : Banyak yang terpaksa di ubah dari segi persediaan dan tema.~ atas sebab-sebab tertentu..nanti akan diupdate jgk.~